Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

8 kanak-kanak antara 10 korban nahas lebuhraya Selangor

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



SUBANG JAYA (Selangor): Sehingga 10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan treler yang merempuh tiga kereta berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, malam kelmarin.



Sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Encik Norazam Khamis, berkata, kemalangan membabitkan dua kereta Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.



Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 11.42 malam untuk operasi menyelamat.



"Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan," katanya dalam kenyataan, semalam.



Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alatan khas.



"Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa dapat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 2.40 pagi semalam.



Sementara itu, polis sudah mengenal pasti 10 individu maut dalam kejadian itu.



Mangsa yang meninggal dunia adalah Cik Norul Naziah Buyong, 37 tahun, dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan hingga 16 tahun dilaporkan menaiki Proton Wira dipandu suaminya, Encik Abdul Razak Majit, 50 tahun, yang cedera ringan.



Lapan anak Abdul Razak yang maut dalam kemalangan itu adalah Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, Puteri Nur Ain Syalwana, 3, Muhamad Hidayat Hakimie, 7, Muhamad Rolkaizat Rezky, 9, Muhamad Aizat Shazwan, 10, Razatul Aliah, 16 dan Muhamad Razarul Amin, 17.



Seorang lagi mangsa yang maut adalah seorang mekanik, Encik Muhamad Rahimi Rolex, 27 tahun, yang mana ketika kejadian sedang memandu kereta jenis Proton Wira, datang untuk membantu menghidupkan bateri kereta dipandu Encik Abdul Razak.



Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, berkata semasa kejadian keadaan permukaan jalan lebuh raya tiga lorong sehala menghala ke Shah Alam licin akibat hujan lebat.



"Sebuah lori yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba gagal dikawal dan merempuh tiga kereta berkenaan yang sedang berhenti di lorong kecemasan.



"Pada masa sama lori berkenaan menyeret kereta Abdul Razak ke kanan lebuh raya sehingga menyebabkan sembilan ahli keluarganya dan Muhamad Rahimi maut ditempat kejadian," katanya.



Seorang mangsa yang cedera parah serta dua cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam, untuk rawatan.



Setakat ini pihak polis sedang menahan pemandu treler terbabit untuk siasatan lanjut. Individu yang menaiki treler tidak cedera dikenali Mohd Khairol Kamal Abdullah, 45; serta dua anaknya Haiqal Haziq, 19; dan Hafiey Hamziey, 14.



Hasil ujian air kencing dan ujian pengambilan alkohol juga mendapati pemandu lori terbabit bebas dari dadah dan alkohol. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >