KUALA LUMPUR: Lapan orang terkorban dan 22 cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar, menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang, lapor Utusan Online semalam.