Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

80 peratus penduduk dewasa M'sia lengkap divaksin

Sep 21, 2021 | 05:33 PM



PUTRAJAYA: Malaysia pada Selasa (21 September) berjaya mencapai kadar 80 peratus kumpulan penduduk dewasa yang lengkap menerima imunisasi Covid-19.



Berita itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu ciapan di Twitter.



"Tahniah! Malaysia mencapai 80 peratus populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi," katanya menerusi Twitter pada Selasa.



Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang membalas ciapan berkenaan memaklumkan pihaknya kini sedang menjejaki 20 peratus lagi golongan dewasa yang belum atau enggan divaksinasi.



"Pada jam 1300hrs (1 petang) hari ini, Malaysia sudah mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksinasi.



"Walaupun sasaran awal adalah 80 peratus penduduk dewasa, sekarang @JKJAVMY (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19) akan berusaha untuk menjejaki 20 peratus lagi yang belum atau enggan divaksinasi," katanya.



Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Berita Harian Malaysia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >