Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

800,000 penjawat awam M'sia ambil potongan elaun untuk sumbang kepada dana Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

800,000 penjawat awam M'sia ambil potongan elaun untuk sumbang kepada dana Covid-19

Jun 01, 2021 | 07:38 PM

PETALING JAYA: Penjawat awam di Malaysia akan menyumbang kepada dana khas melalui pemotongan elaun hiburan tetap dan elaun tetap perkhidmatan awam, umum kerajaan.

Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara berkata sumbangan daripada 800,000 penjawat awam dari gred 29 dan ke atas selama tiga bulan akan berjumlah lebih RM30 juta ($9.6 juta).

Pemotongan itu, bagaimanapun, dikecualikan bagi mereka yang bertugas sebagai pekerja barisan hadapan dan daripada gred 1 hingga gred 28.

Tan Sri Zuki berkata, kadar pemotongan elaun hiburan tetap untuk kategori pegawai awam peringkat tertinggi Jusa A adalah 50 peratus, Jusa B adalah 20 peratus, sementara untuk Jusa C adalah 10 peratus.

Mereka daripada Gred 44 hingga 56 akan mendapat potongan 5 peratus, sementara mereka daripada Gred 29 hingga 41 akan mendapat potongan RM10 daripada elaun tetap perkhidmatan awam.

"Kami memahami bahawa penjawat awam khususnya merupakan tulang belakang kerajaan dalam usahanya untuk menyeimbangkan kehidupan dan mata pencarian. Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan dari perkhidmatan awam dalam menyokong usaha kerajaan menentang pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Selasa (1 Jun).

Beliau juga menggesa semua penjawat awam untuk meningkatkan komitmen dalam memberikan yang terbaik untuk rakyat dan negara pada masa-masa sukar ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan pada Isnin bahawa semua menteri Kabinet dan timbalan menteri akan melepaskan gaji mereka selama tiga bulan mulai Jun, dengan gaji itu disalurkan ke dana untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan Covid-19. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3