Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

9 mati di India akibat minum sanitiser

Aug 01, 2020 | 02:04 PM



NEW DELHI: Sembilan orang mati di India akibat minum pembersih tangan berasaskan alkohol atau sanitiser selepas kedai arak di kawasan kediaman mereka ditutup berikutan COVID-19.


Penguasa Polis Kurichedu di Andhra Pradesh, Siddharth Kaushal, berkata semua mangsa ditemui tidak sedarkan diri selepas minum minuman keras buatan sendiri merangkumi campuran cecair pembersih tangan, air dan soda.


“Semua mangsa dibawa ke hospital tetapi disahkan mati sebaik tiba.


“Mangsa menggunakan (alkohol) daripada cecair pembersih tangan sebagai arak selepas pembekal menghentikan penjualan berikutan pihak berkuasa mengarahkan perintah kawalan pergerakan di bandar itu,” katanya sambil menambah polis sedang menyiasat kes itu.


Ratusan orang miskin mati setiap tahun di India akibat keracunan pengambilan arak buatan sendiri.


Pembuat samsu haram sering menambahkan metanol, alkohol bertoksik yang kadang-kadang digunakan sebagai agen antipembekuan atau bahan bakar ke dalam minuman keras bagi meningkatkan kandungan alkohol.


Kematian di Kurichedu berlaku ketika jumlah kematian akibat COVID-19 India melepasi 35,000 orang, mengatasi Itali.


Jumlah jangkitan di negara kedua paling padat di dunia itu kini berjumlah 1.63 juta selepas AS dan Brazil, yang kedua-duanya mempunyai populasi yang jauh lebih kecil. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >