Abai amaran usah pulang ke rumah di Gunung Taal
Penduduk kembali lepas dipindahkan sedang gunung berapi terus meletus
Jan 15, 2020 | 05:30 AM
TAGAYTAY (Filipina): Pegawai pemerintah Filipina merayu penduduk yang dipindahkan dari bandar-bandar terjejas oleh letusan Gunung Berapi Taal supaya jangan pulang ke rumah mereka kerana keadaan berbahaya.
Puluhan ribu penduduk dipindahkan kelmarin selepas gunung itu tiba-tiba meletus beberapa kali Ahad lalu.