Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abe: Kesahihan video tebusan warga Jepun dibunuh tinggi

Jan 25, 2015 | 11:38 AM



TOKYO - Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata "kredibiliti" video yang mengumumkan pembunuhan tebusan warga Jepun oleh kumpulan militan ISIS adalah "tinggi".


"Kami sedang meneliti kesahihannya, tapi malangnya buat masa kini kami tidak dapat elak daripada menyatakan kredibilitinya adalah tinggi," kata beliau menerusi rangkaian awam NHK hari ini, Ahad.


"Memandangkan kepedihan dan kesedihan yang amat sangat dirasasakan keluarganya, saya tidak dapat berkata apa-apa," katanya.


"Perbuatan pengganasan seperti itu adalah sangat memeranjatkan dan tidak dibernarkan, ia hanya meningkatkan kemarahan saya.


"Saya mengutuknya sekeras dan setegasnya," tambah beliau.


Pemerintah Jepun, katanya, akan terus meneliti imej-imej untuk mengesahkan sepenuhnya kesahihan video tersebut.


Rakaman selama hampir tiga minit yang dikirimkan secara online semalam menunjukkan imej Kenji Goto memegang gambar Haruna Yukawa yang dibunuh.


Video itu mempunyai rakaman audio Goto tentang tuntutan ISIS bagi pertukaran tawanan bagi membebaskannya.


Namun video itu tidak dikirimkan ke sebarang saluran rasmi kumpulan itu.


Ia juga tidak mempunyai simbol bendera berwarna hitam dan putih.


Pembunuhan Yukawa yang dimaksudkan itu juga tidak ditunjukkan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >