KOTA KINABALU: Militan Abu Sayyaf yang menjadikan dua rakyat Malaysia sebagai tebusan mengancam memenggal kepala salah seorang daripada mereka jika bayaran tidak dibuat segera.
Ini kerana mereka perlu berpindah dari tempat persembunyian mereka berikutan tentera Filipina menggerakkan anggotanya secara besar-besaran di pulau Jolo.