Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abu Sayyaf culik dua lagi nelayan Indonesia di Sabah

Nov 21, 2016 | 11:17 AM



MANILA: Suspek militan kumpulan Abu Sayyaf menculik dua lagi warga Indonesia di laut di Sabah, kata para pegawai keselamatan Filipina pada Ahad (20 Nov).



Ini penculikan keempat yang dilaporkan dalam dua minggu di sepanjang sempadan antara Sabah dan kepulauan Sulu di Filipina, sekitar 1,000km ke selatan Manila. Seramai 11 orang diculik kumpulan kejam itu kesemuanya dalam empat kejadian tersebut.



Penculikan terbaru berlaku sedang Filipina, Indonesia dan Malaysia bersiap bagi mengadakan latihan tentera bersama tahun depan untuk memerangi kumpulan pengganas, seperti Abu Sayyaf, yang menjadikan pelancong, nelayan dan pelaut di sekitar perairan mereka sebagai mangsa.



Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, juga telah membenarkan tentera Indonesia dan Malaysia mengejar penculik ke dalam perairan negaranya.



Major Filemon Tan, jurucakap Ketumbukan Barat Mindanao tentera, berkata dalam satu laporan pada Ahad lima lelaki bersenjata daripada Abu Sayyaf dalam sebuah bot laju mengejar dan kemudian menaiki sebuah kapal nelayan Malaysia pada kira-kira 7.30 malam dekat daerah Kunak di Sabah.



Mereka menjadikan kapten kapal nelayan itu, Encik Saparuddin Kone, dan seorang nak kapal bernama Sawal Maryam sebagai tebusan.



Pada 6 Nov, Abu Sayyaf menculik seorang pelaut Jerman, Encik Jurgen Kantner, 70 tahun, dari kapal layar dekat Tanjong Luok Pisuk, selepas membunuh isterinya, Cik Sabine Merz.



Hanya beberapa jam sebelum itu, dua kapten bot nelayan Indonesia dijadikan tebusan dalam kejadian berasingan di perairan Sandakan.



Pada 11 Nov, Abu Sayyaf memintas sebuah pengangkut pukal Vietnam yang melalui selat wilayah Basilan, berhampiran Tawi-Tawi, dan melarikan enam kelasi dan menembak yang lain.



Sejak ditubuhkan pada 1991, Abu Sayyaf telah menculik kira-kira 200 orang. Kumpulan itu telah berjanji setia pada kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), yang mengiktiraf ketuanya, Isnilon Hapilon, sebagai "putera mujahidin".



Kumpulan itu secara rasmi mempunyai agenda pemisah tetapi ia kini lebih dikenali kerana pelanunan untuk mendapatkan wang dan rompakan. Sebagai contoh, seorang warga Norway, Encik Kjartan Sekkingstad, 56 tahun, dilepaskan pada September hanya selepas wang tebusan AS$638,000 ($910,000) dibayar.



Kumpulan itu masih menjadikan tebusan 16 tawanan - Encik Kantner, seorang warga Belanda, lima rakyat Malaysia, dua warga Indonesia, dan tujuh rakyat Filipina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >