Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abu Sayyaf pancung tebusan Jerman

Feb 27, 2017 | 02:21 PM



MANILA: Militan Abu Sayyaf di Filipina dilaporkan memancung seorang tebusan Jerman yang, lapan tahun lalu terselamat selepas diculik hampir dua bulan oleh lanun Somalia.



Menurut laporan yang pegawai keselamatan berkata belum dapat disahkan, Abu Sayyaf membunuh Encik Jurgen Kantner, 70 tahun, selepas kegagalan rundingan bagi beliau dibebaskan dengan bayawan wang tebusan 30 juta peso ($854,000).



"Walaupun usaha dijalankan oleh kumpulan itu dan pasukan keselamatan, saya menerima laporan mengenai dakwaan pemancungan seorang tebusan Jerman di Sulu (pada) petang Ahad," kata Encik Jesus Dureza, penasihat keamanan dan ketua perunding Presiden Rodrigo Duterte, dalam satu kenyataan yang beliau keluarkan lewat petang Ahad (26 Feb).



Satu laporan polis berkata Encik Kantner, seorang peminat kapal layar, dibunuh sekitar 3.30 petang di daerah Buanza, di bandar Indanan dalam wilayah Sulu, 1,500km ke selatan ibu kota Manila.



Encik Kantner dipancung oleh lelaki di bawah seorang lelaki bernama Muammar Askali, yang juga dikenali sebagai Abu Rami, yang dikatakan seorang pemimpin unit kumpulan Abu Sayyaf, yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Encik Dureza berkata "usaha mengesahkan laporan itu masih diteruskan".



Encik Kantner diculik ketika beliau dan isterinya, Cik Sabine Merz, belayar di kawasan berbahaya di Filipina, oleh Abu Sayyaf.



Cik Merz dibunuh, dikatakan apabila beliau cuba melawan dengan senapang patah.



Pasangan itu telah belayar selama bertahun-tahun di atas kapal mereka, Rockall.



Mereka diculik 52 hari di Somalia pada 2008 sebelum dibebaskan, dilaporkan selepas wang tebusan enam angka dibayar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >