Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abu Sayyaf pos gambar tebusan rakyat Malaysia di Facebook

Apr 15, 2016 | 02:50 PM



KOTA KINABALU: Satu gambar empat tebusan Malaysia yang diculik oleh Abu Sayyaf telah disiarkan di Facebook, mungkin oleh kumpulan pengganas Filipina itu.



Mereka, semuanya pelayar, dilihat mencangkung, dengan salah seorang daripada mereka memegang sehelai kertas tertera nama 'Victor Troy' dan tarikh 'April 8, 2016'.



Laman Facebook itu dipercayai ditubuhkan Abu Sayyaf baru-baru ini.



Semua rakyat Malaysia itu - Wong Teck Kang, 31 tahun; Wong Hung Sing, 34 tahun; Wong Teck Chii, 29 tahun; dan Johnny Lau Jung Hien, 21 tahun - dari Sarawak dan diculik dari kapal tunda MV Massive 6 di perairan Pulau Ligitan pada 1 April lalu sedang mereka pulang ke Tawau, Sarawak, selepas menghantar kargo kayu ke Manila.



Penculik menghubungi keluarga tebusan itu pada 12 April dengan membuat tuntutan bagi pembebasan mereka.



Pada 14 April, keluarga mereka bertemu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, untuk meminta bantuan.



Masih tidak jelas kumpulan Abu Sayyaf mana satu yang menculik mereka, tetapi dipercayai mereka sedang ditahan oleh komander kecil yang dikenali sebagai Sawajan.



Orang yang biasa dengan operasi penculikan Abu Sayyaf berkata kumpulan-kumpulannya membantu satu sama lain untuk mengelakkan tindakan tentera Filipina di pulau selatan Jolo.



Mereka berkata nama yang digunakan bagi laman Facebook itu kemungkinan besar hanya rekaan, tetapi ia kelihatan sebagai suatu percubaan membuka kaedah komunikasi dengan keluarga mangsa dan orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >