Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Aburizal Bakrie sedia jadi Naib Presiden, gandingi Prabowo

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Aburizal Bakrie sedia jadi Naib Presiden, gandingi Prabowo

May 02, 2014 | 04:57 PM

JAKARTA 1 Mei - Ketua Umum parti Golongan Karya (Golkar), Aburizal Bakrie mengumumkan kesediaannya untuk menjadi calon Naib Presiden Indonesia kepada Ketua Umum parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden pada 9 Julai ini.

Kenyataan yang dibuat Aburizal itu juga sekali gus memberikan bayangan bahawa usaha kerjasama politik antara kedua-dua parti berkenaan bakal menjadi kenyataan.

Menurut Aburizal, walaupun Golkar dan Gerindra masing-masing sudah menamakan calon bakal Presiden, namun, perkara itu masih boleh dipertimbangkan oleh kedua-dua parti berkenaan.

"Boleh jadi dia (Prabowo) menjadi nombor satu (calon Presiden), saya nombor dua (calon Naib Presiden). Boleh juga sebaliknya," kata Aburizal.

Selasa lalu, Aburizal dan Prabowo mengadakan pertemuan empat mata di kediaman Ketua Umum Golkar itu bagi membincangkan kerjasama politik menjelang Pemilu Presiden tidak lama lagi.

Pertemuan itu mendapat liputan meluas media massa berikutan kedua-dua parti berkenaan, masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dalam proses pengiraan awal Pemilu Parlimen, 9 April lalu.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin berkenaan membayangkan kemungkinan parti politik mereka bakal bergabung dalam merebut jawatan Presiden dan naib Presiden Indonesia pada pemilihan umum kali ini.

Mengulas lanjut, Aburizal berkata setakat ini, belum ada keputusan serta bentuk format berhubung pakatan dengan Parti Gerindra.

Beliau, bagaimanapun berkata, perbincangan politik antaranya dengan Prabowo sudah terjalin dengan baik sejak sekian lama kerana masing-masing sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Saya merasa selesa berbincang dengan Ketua Umum Gerindra itu dibandingkan dengan tokoh politik parti lain," kata Aburizal lagi. - Utusan Online.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3