Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ada apa tu dalam seluar...?

Dec 02, 2015 | 03:29 PM



MICHIGAN (Amerika Syarikat): Seorang pelajar Canada yang ditangkap di pusat pemeriksaan sempadan pada Ogos tahun lalu dengan 51 penyu hidup dalam seluarnya, mengaku bersalah bagi enam tuduhan penyeludupan pada Selasa (1 Disember) di Mahkamah Daerah Amerika di Ann Arbor.


Kai Xu, 27 tahun, dari Windsor, Ontario, mengaku menyeludup atau cuba menyeludup lebih 1,600 penyu spesies berbeza dari Amerika dari April tahun lalu hingga dia ditangkap pada September tahun itu.


Setiap satu daripada enam pertuduhan itu membawa hukuman penjara hingga 10 tahun.


Pada Ogos tahun lepas, Xu melintasi sempadan Amerika-Canada ke Detroit dan dipantau oleh ejen Amerika Syarikat apabila dia mengambil satu pakej di sebuah pusat bungkusan dan kelihatan memindahkan barang-barang sebelum kembali ke sempadan.


Apabila dia melalui Terowong Detroit-Windsor, Xu ditahan oleh Perkhidmatan Sempadan Canada, yang menemui 41 penyu hidup diikat pada kakinya dan 10 antara dua kakinya.


Pada hari dia ditangkap, Xu memasukkan lebih 1,000 penyu ke dalam beg pakaian dan menghantarnya kepada seorang lelaki yang diupahnya untuk menerbangkan haiwan itu ke Shanghai, China dari Detroit, kata pendakwa raya.


Hukuman ke atas Xu akan dijatuhkan pada 12 April depan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >