Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ada pihak yang cuba pecah belah Umno, kata Annuar Musa

Feb 26, 2020 | 02:08 PM



PETALING JAYA: Parti Umno akan tetap bersatu, kata setiausaha agung parti Tan Sri Annuar Musa, sedang timbulnya desas-desus mengenai pembelotan dalam parti tersebut di tengah-tengah landskap politik Malaysia yang bergolak.



Menulis di Twitter pada Rabu (26 Februari), Tan Sri Annuar mengatakan bahawa beberapa pihak telah "cuba memecah belahkan Umno," lapor The Star.



"Cuba ditimbulkan keraguan mengenai Hishammudin Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa orang lain. Berani saya tegaskan Alhamdulillah semua kami AP Umno dan BN 'solid' bersama. Begitu juga Umno dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)," kata Encik Annuar.



Beliau menambah bahawa parti itu akan terus menjadi pembangkang walaupun kerajaan Pakatan Harapan telah jatuh.



Beberapa tekaan telah timbul di media sosial mengenai bekas naib presiden Umno, Encik Hishammudin yang didakwa telah bekerjasama dengan mantan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali, yang baru-baru ini telah dipecat untuk membentuk kerajaan gabungan baru. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >