MIRI (Sarawak): Sarawak menolak persepsi negatif kononnya negeri itu menuntut lebih kuasa autonomi daripada kerajaan persekutuan sebagai petanda bahawa negeri itu mahu keluar dari Malaysia, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata, Sarawak tetap setia bersama Malaysia dan tidak akan melayan tuntutan pemisahan oleh mana-mana pihak.
"Salah satu sebab kami mahu lebih kuasa autonomi kerana mahu menguruspentadbiran negeri dengan lebih cekap dalam bidang-bidang tertentu," katanya semasa merasmikan projek Jambatan Sungai Sibuti bernilai RM26 juta ($8.41 juta), di Miri hari ini.
Tan Sri Adenan menambah, kerajaan negeri akan memohon peruntukan tambahan RM500 juta daripada kerajaan pusat bagi menaik taraf kemudahan prasarana untuk lebih 5,000 buah kampung di seluruh negeri itu.
Menurutnya kerja-kerja menaik taraf kemudahan tersebut termasuk pembinaanjalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih. - The Malaysian Insider