Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Afrika Selatan tangguh suntikan vaksin AstraZeneca

Feb 09, 2021 | 05:30 AM



JOHANNESBURG: Afrika Selatan berkata kelmarin bahawa ia akan menggantung permulaan vaksinasi Covid-19 dengan suntikan AstraZeneca setelah satu kajian menunjukkan vaksin itu gagal mencegah kes ringan dan sederhana bagi varian virus yang muncul di negara itu.



Negara paling teruk terjejas Afrika sepatutnya memulakan kempennya dalam hari-hari akan datang dengan sejuta dos vaksin yang dihasilkan AstraZeneca dan Oxford.



Penggantungan itu satu kegenjotan besar bagi negara itu, tetapi pegawai berkata penghantaran vaksin dari pengeluar lain akan diterima tidak lama lagi dan membolehkan kempen itu diteruskan.



"Ia isu sementara bahawa kita perlu menangguhkan penggunaan AstraZeneca sehingga kita menghuraikan isu ini," kata Menteri Kesihatan Zweli Mkhize sewaktu satu sidang media maya.



Universiti Witwatersrand, Johannesburg, yang menjalankan percubaan itu, berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa vaksin AstraZeneca "menyediakan perlindungan minimal terhadap jangkitan Covid-19 ringan-sederhana" daripada varian Afrika Selatan itu.



Namun dalam laporan penuh yang sepatutnya diterbitkan semalam, AstraZeneca berkata tiada seorang daripada 2,000 peserta itu menghidap simptom serius.



Itu bermakna ia mungkin masih mempunyai kesan ke atas penyakit teruk, walaupun belum ada data mencukupi untuk membuat penilaian muktamad.



Afrika Selatan menerima penghantaran pertama sejuta dosnya Isnin lalu.



Tambahan sebanyak 500,000 dos dijangka bulan ini.



Semua merupakan vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan Institut Serum India, dan sekitar 1.2 juta pekerja kesihatan sepatutnya menjadi kumpulan pertama menerima suntikan itu.



"Dalam empat minggu akan datang, kami akan mempunyai J&J dan Pfizer," kata Encik Mkhize, merujuk kepada vaksin yang dibuat oleh Johnson & Johnson dan Pfizer/BioNTech.



Perbincangan bersama pengeluar vaksin lain masih dijalankan, khususnya Moderna dan pembuat suntikan Sputnik V Russia.



Encik Mkhize baru-baru ini mengumumkan telah menempah 20 juta dos Pfizer/BioNTech.



Vaksin AstraZeneca sebanyak 1.5 juta yang didapatkan oleh Afrika Selatan, yang tarikh luputnya pada April, akan disimpan sehingga saintis memberi tanda jelas tentang penggunaannya, kata beliau.



Afrika Selatan merancang memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 67 peratus penduduknya menjelang akhir tahun ini, atau kira-kira 40 juta orang.



Negara itu telah mencatat hampir 1.5 juta jangkitan dan lebih daripada 46,000 kematian daripada virus tersebut. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >