AG Malaysia: Tiada bukti daripada siasatan asing wang 1MDB disalah guna
Jun 17, 2017 | 05:30 AM
KUALA LUMPUR: Peguam Negara Malaysia berkata tidak ada bukti penyalahgunaan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada mana-mana penyiasatan agensi penguatkuasaan undang-undang membabitkan pelbagai bidang kuasa.
Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian mengenai tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).