Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agensi nuklear Amerika, Microsoft digodam

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



SAN FRANCISCO: Agensi nuklear Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya tiga negeri telah digodam sebagai sebahagian daripada serangan siber Russia yang mengena beberapa agensi persekutuan pemerintah.



Syarikat Microsoft Corp juga menghadapi serangan dan produknya digunakan untuk melanjutkan serangan ke atas yang lain, lapor agensi berita Reuters.



The Redmond, sebuah syarikat Washington berkata, ia mengesan satu versi jahat perisian daripada SolarWinds di dalam syarikat itu tetapi siasatan sejauh ini menunjukkan tiada penggodam telah menggunakan sistem Microsoft untuk menyerang pelanggan.



Ia adalah pengguna Orion, perisian pengurusan rangkaian yang digunakan dengan meluas daripada SolarWinds Corp, yang digunakan dalam serangan yang disyaki dilakukan Russia ke atas agensi-agensi Amerika dan yang lain.



Microsoft juga mempunyai produk yang dipergunakan untuk menyerang mangsa, kata mereka yang tahu tentang perkara ini.



Agensi Keselamatan Nasional Amerika mengeluarkan kenyataan "nasihat keselamatan siber" kelmarin, memperincikan bagaimana sesetengah khidmat awan Microsoft Azure mungkin telah dikompromi oleh penggodam dan mengarah pengguna supaya mengunci sistem mereka.



"Seperti pelanggan-pelanggan lain SolarWinds, kami mencari secara aktif petanda tentang pelaku ini dan boleh mengesahkan bahawa kami mengesan binari jahat Solar Winds dalam sekitaran kami, di mana kami telah mengasingkan dan membuangnya," kata jurucakap Microsoft, dan menambah bahawa syarikat itu menyatakan "tidak ada tanda ia adalah dalam sistem kami yang digunakan untuk menyerang yang lain."



Salah seorang yang tahu tentang serangan godaman ini berkata, penggodam telah menggunakan khidmat awan Microsoft dan mengelak prasarana korporat Microsoft.



Microsoft tidak memberi jawapan segera tentang teknik itu.



Namun, seseorang yang tahu tentang perkara itu berkata, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri tidak percaya Microsoft merupakan laluan utama bagi jangkitan baharu.



Kedua-dua Microsoft dan DHS, yang awal Khamis lalu berkata penggodam menggunakan pelbagai kaedah untuk masuk, masih terus menyiasat.



FBI dan agensi-agensi lain telah menjadualkan satu taklimat rahsia untuk ahli Kongres semalam.



Jabatan tenaga dan Pentadbiran Keselamatan Nuklear Nasional, yang mengekalkan senjata nuklear, disasarkan sebagai sebahagian daripada satu serangan besar-besaran, menurut seseorang yang tahu tentang perkara itu.



Satu siasatan tahu salah seorang penggodam tidak menjejas "fungsi keselamatan nasional ," kata Cik Shaylyn Hynes, jurucakap Jabatan Tenaga, dalam satu kenyataan.



"Pada masa ini, siasatan mendapati melwe telah diasingkan ke rangkaian perniagaan sahaja," kata Cik Hynes.



Pencerobohan ke atas agensi nuklear telah dilaporkan lebih awal oleh Politico.



Dua orang yang tahu mengenai siasatan meluas pemerintah tentang serangan itu berkata, tiga negeri telah diserang, meskipun mereka tidak mengenal pasti identiti penyerang.



Seorang lagi individu yang biasa dengan siasatan pemerintah berkata, negeri yang diceroboh tidak menyediakan sebarang nombor.



Presiden Donald Trump belum menyentuh isu ini secara terbuka sedang Encik Joe Biden mengeluarkan kenyataan "pelanggaran siber besar-besaran boleh menjejas ribuan mangsa, termasuk syarikat Amerika dan entiti pemerintah persekutuan.". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >