Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERTINGKAT VAKSINASI COVID-19 BESAR-BESARAN

AS agih vaksin dalam simpanan, syor suntik warga 65 tahun ke atas

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Trump kelmarin mempercepatkan usaha vaksinasi berkaitan Covid-19 ke atas penduduk Amerika Syarikat, dengan mengagihkan stok dos vaksin itu yang sebelum ini disimpan, selain mengesyorkan agar negara itu segera melakukan inokulasi kepada mereka yang berumur 65 tahun ke atas.



Pegawai kesihatan persekutuan dan negeri sejak beberapa hari lalu berusaha mempertingkat program vaksinasi yang sejauh ini hanya memberi suntikan kepada 9.3 juta penduduk Amerika, sedang jangkitan koronavirus kekal di tahap tertinggi di kebanyakan negeri Amerika, lapor Reuters.



Kebanyakan negeri mempunyai peraturan ketat untuk memberi suntikan vaksin kepada pekerja penjagaan kesihatan dan penduduk rumah penjagaan warga tua terlebih dahulu, sambil memaklumkan kepada "pekerja bukan sektor penting" bahawa mereka mungkin perlu menunggu tempoh beberapa bulan bagi giliran mereka.



"Kami telah mengedarkan lebih banyak vaksin daripada keseluruhan bilangan pekerja kesihatan dan penghuni di rumah penjagaan," kata Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Encik Alex Azar, kepada ABC News.



Sejauh ini, kira-kira 27.5 juta dos vaksin telah diedarkan pemerintah Amerika ke negeri-negeri, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika (CDC).



Encik Azar berkata pentadbiran Trump, yang telah menyimpan dos dalam stok untuk memastikan semua orang yang mendapat inokulasi pertama dapat menerima suntikan kedua mereka mengikut jadual, kini cukup yakin dari aspek rantaian bekalan untuk melepaskan stok tersebut.



Minggu lalu, seorang jurucakap Encik Joe Biden berkata Presiden Dipilih itu, yang akan mengambil alih jawatan pada 20 Januari, akan melepaskan lebih banyak dos yang disimpan.



Kadar vaksinasi meningkat kepada 700,000 sehari di seluruh negara dan dijangka mencecah satu juta sehari dalam masa 10 hari, kata pegawai.



"Michigan dan negeri serata Amerika tetap bersedia menerima lebih banyak vaksin, itulah sebabnya keputusan pentadbiran Trump untuk memenuhi permintaan kami dan melepaskan berjuta-juta dos vaksin adalah amat penting," kata Gabenor Michigan, Cik Gretchen Whitmer, dalam satu satu kenyataan.



Cik Whitmer, yang telah menyokong usia kelayakan lebih rendah untuk mendapatkan vaksinasi, telah meminta izin pemerintah Amerika untuk membeli 100,000 dos vaksin secara langsung daripada pembuat vaksin, Pfizer.



Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika telah memberi kelulusan kepada vaksin Pfizer dan rakannya BioNTech SE, dan vaksin kedua dari Moderna Inc bagi tujuan penggunaan kecemasan.



Sehingga kelmarin, Amerika mencatat sejumlah 23.3 juta kes jangkitan Covid-19 dan 389,000 kematian, angka tertinggi di dunia.



Satu kiraan oleh Reuters mendapati jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di hospital mungkin telah menurun, sekurang-kurangnya buat sementara waktu, walaupun pegawai kesihatan awam memberi amaran bahawa penularan lanjut masih boleh dilihat ekoran pertemuan semasa musim cuti.



Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia California, Dr Mark Ghaly, menukil beberapa trend dalam metrik Covid-19 di seluruh negara dalam beberapa hari lalu, termasuk penurunan bilangan kes harian yang disahkan dan penurunan dalam ujian positif.



Jumlah kemasukan baru ke hospital ekoran Covid-19 di seluruh negeri itu juga telah menurun kepada kira-kira 2,500 kemasukan sehari dalam tempoh beberapa hari lalu, berbanding kira-kira 3,500 sehari sebelum ini.



Dr Ghaly berkata "isyarat terbesar bagi saya adalah keadaan mula mantap dan berpotensi menjadi semakin baik."



Namun ada juga menyatakan keadaan masih runcing.



"Di mana pada awalnya kita dipenuhi dengan banyak pesakit - kita kini masih mempunyai banyak pesakit - tetapi sekarang sepertinya mereka lebih sakit daripada sebelumnya," kata Cik Mary Mendy, pengarah eksekutif perkhidmatan rawatan akut di sebuah hospital di Los Angeles.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >