YANG di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, akan mengadakan pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu esok bagi membincangkan isu-isu semasa - termasuk soal pelantikan perdana menteri baru.
Ini disebabkan krisis politik yang berlarutan selama 18 bulan sejak peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Februari tahun lalu dan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu.
Tan Sri Muhyiddin kehilangan majoriti setelah keabsahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dipersoalkan.
"Seri Paduka Baginda dan Paduka Seri Sultan Perak (Timbalan Yang di-Pertuan Agong) telah menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah ini telah menganggu-gugat tadbir urus Kerajaan ketika kita masih diancam pandemik Covid-19," menurut kenyataan Istana Negara yang ditandatangani Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, semalam.
Laporan lanjut: