Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong bakal bincang dengan Raja-Raja Melayu cadangan Muhyiddin, minta rakyat M'sia bertenang

Oct 24, 2020 | 02:05 PM



YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat bagi memperhalusi cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Dalam kenyataannya pada Sabtu (24 Oktober), Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rundingan itu susulan pertemuan Sultan Abdullah dengan Perdana Menteri di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, sekitar 5 petang Jumaat (23 Oktober).



Dalam pertemuan sekitar satu setengah jam itu, katanya, Tan Sri Muhyiddin telah mempersembahkan taklimat cadangan kepada Sultan Abdullah mengenai cadangan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya pada pagi Jumaat.



Melaporkan demikian, akhbar The Straits Times yang menukil kenyataan Datuk Indera Ahmad Fadil menjelaskan:



“Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19.



“Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran perkembangan terkini ini.



“Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap Jumaat (23 Oktober), Sultan Abdullah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.



“Sehubungan itu, Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan itu,” katanya.



Spekulasi mengenai kemungkinan darurat diisytiharkan bagi mengelakkan pilihan raya tercetus susulan Mesyuarat Khas Kabinet pagi Jumaat, yang disusuli pertemuan Muhyiddin dengan Yang di-Pertuan Agong, yang dilaporkan turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.



Datuk Indera Ahmad Fadil berkata, Sultan Abdullah turut menasihati rakyat agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, keresahan serta menggugat ketenteraman negara.



Dalam pada itu, Sultan Abdullah turut menggesa rakyat memainkan peranan dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalan kebiasaan baru, menyusuli peningkatan mendadak kes baru Covid-19.



Sultan Abdullah juga menegaskan, peranan dan disiplin rakyat penting dalam membantu pihak berkuasa memerangi wabak ini demi keselamatan diri serta masyarakat.



Menurut Datuk Indera Ahmad Fadil lagi, Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan negara itu sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala bentuk ancaman, serta penularan Covid-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >