Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong minta calon PM bentuk Kerajaan Perpaduan: Anwar

Nov 22, 2022 | 06:52 PM



YANG Di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah meminta agar Kerajaan Perpaduan dibentuk, kata pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa (22 November).



Beliau menjelaskan demikian selepas menghadap Agong di Istana Negara bersama Ketua Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Keadaan ini berlaku selepas pakatan Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk kekal sebagai pembangkang dan menetapkan tiada pemimpin dengan majoriti mudah Parlimen.



Datuk Seri Anwar memberitahu media selepas pertemuan selama sejam itu bahawa Agong telah mengusulkan agar "kerajaan yang akan dibentuk mesti mewakili semua parti, semua kaum, agama, dan wilayah".



“Saya menerima semangat kerajaan perpaduan ini. Beri kami sedikit masa dan bagi Yang Di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan dan menggunakan kebijaksanaan baginda untuk membuat keputusan muktamad.



“Belum ada keputusan (siapa yang menjadi perdana menteri). Ada tempat kosong dan ia dibuka untuk permohonan,” katanya lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >