Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong M'sia temui Anggota Parlimen satu persatu

Feb 25, 2020 | 05:50 PM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menemui semua Ahli Parlimen pada Selasa (25 Februari) dan Rabu, sebelum membuat keputusan mengenai jawatan perdana menteri dan pembentukan kerajaan baru.


"Saya harap kita akan menemui penyelesaian terbaik bagi negara kita," kata Yang di-Pertuan Agong kepada wartawan sebelum mengagihkan makan tengah hari kepada mereka yang berkumpul di luar pagar Istana.


Ini kali pertama seorang Agong mengadakan proses temu bual sedemikian.


 Langkah itu adalah bagi memastikan "siapa dalam pertimbangan Yang di-Pertuan Agong berkemungkinan mendapat keyakinan majoriti Dewan," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam taklimat khas kepada media.


Setiap 221 Ahli Parlimen - tidak termasuk perdana menteri sementara Mahathir Mohamad - akan diberi antara dua hingga tiga minit setiap seorang, bermula 2.30 petang Selasa, kata Datuk Ahmad.


Temu bual itu akan disaksikan oleh Ketua Setiausaha kerajaan Zuki Mohd Ali.


Seramai 90 Ahli Parlimen akan ditemui pada Selasa dan bakinya pada Rabu. Sesi Selasa dijangka berakhir sekitar 7 malam.



"Yang di-Pertuan Agong mahu melakukan ini dengan cara yang telus. Kami akan berkongsi (maklumat) supaya media tidak membuat spekulasi," kata Datuk Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >