Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong: Muhyiddin layak dilantik sebagai perdana menteri kerana mendapat sokongan majoriti

May 18, 2020 | 01:35 PM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia bertitah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.



Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda yakin Tan Sri Muhyiddin akan membawa negara mendaki persada kejayaan.



Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, hari ini.



Baginda bertitah, kemelut politik negara pada Februari lalu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan tanpa ada penghujung.



Selain itu, baginda yakin kerajaan akan terus berusaha meminimumkan kesan buruk Covid-19 kepada rakyat dan negara, pastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin. 



Al- Sultan turut mengingatkan Ahli Parlimen supaya jangan menyeret negara ke kancah politik sewaktu berdepan Covid-19.


Dalam pada itu, baginda turut bertitah, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman.



Sementara itu, kedudukan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir di Dewan Rakyat telah mencuri tumpuan ramai. 



Beliau yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu, dilihat bersama-sama 106 Anggota Parlimen lainnya duduk di blok pembangkang.



Seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan. - Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >