Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong, Raja Permaisuri M'sia kuarantin diri selepas 7 petugas Istana Negara positif

Mar 26, 2020 | 03:40 PM



KUALA LUMPUR: Istana Negara Malaysia pada Khamis (26 Mac) mengesahkan tujuh petugasnya dijangkiti koronavirus Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur.



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan tidak dijangkiti virus itu, lapor The New Straits Times.



“Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.



Datuk Ahmad Fadil berkata, sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan pada Rabu dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >