Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Agong: Sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin

Bagi bolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahas oleh ahli-ahli Dewan Rakyat
Jun 17, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara.



Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata ini bagi membolehkan pelan pemulihan dan ordinan darurat dibahaskan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.



"Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Kenyataan itu dikeluarkan menyusuli Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi meneliti pandangan yang dikemukakan pemimpin-pemimpin parti politik ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak minggu lalu.



Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijalankan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah dan difahamkan berlangsung hampir empat jam.



"Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.



"Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat," kata Datuk Ahmad Fadil.



Agong juga menzahirkan pandangan bahawa kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai seawal mungkin, jelasnya.



Seri Paduka Baginda juga, kata Datuk Ahmad Fadil turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya "pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara".



"Seri Paduka Baginda amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.



"Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara," katanya lagi.



Ini adalah Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kedua diadakan bagi membincangkan mengenai isu kesihatan dan politik Malaysia.



Kali pertama diadakan pada 25 Oktober tahun lalu .



Perbincangan khas itu juga bagi meneliti pandangan yang dikemukakan pemimpin-pemimpin parti politik ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu.



Berangkat ke istana semalam ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Turut berangkat Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir; dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Sha.



Difahamkan, kesemua Raja-raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadiri sesi kali ini.



Dalam pertemuan semalam, Raja-Raja Melayu turut mendapat taklimat khas daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, mengetuai beberapa ketua agensi kerajaan, lapor Berita Harian Malaysia.



Selain Tan Sri Mohd Zuki; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menghadiri Perbincangan Khas itu.



Perbincangan Khas itu adalah inisiatif Al-Sultan Abdullah bagi membincangkan usaha memerangi pandemik Covid-19 di Malaysia termasuk pelaksanaannya ketika tempoh darurat yang sedang berjalan ketika ini.



Pada 12 Januari lepas, Agong memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini.



Agong berkenan menerima menghadap 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara sejak Rabu lalu hingga kelmarin.



Ini termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin politik lain telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 9 Jun lalu.



Selain Perdana Menteri, antara yang turut menghadap Al-Sultan Abdullah ialah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang serta Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >