Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Agus Yudhoyono dipilih sebagai pengerusi Parti Demokrat Indonesia, ambil alih daripada bapanya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Agus Yudhoyono dipilih sebagai pengerusi Parti Demokrat Indonesia, ambil alih daripada bapanya

Mar 16, 2020 | 01:48 PM

JAKARTA: Anak lelaki sulung bekas presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, Encik Agus Harimurti Yudhoyono, dipilih sebagai pengerusi baru Parti Demokrat dengan sebulat suara pada Ahad (15 Mac), mengikuti jejak bapanya.

Keputusan itu dibuat selepas sidang pleno yang diadakan semasa kongres nasional kelima parti itu di Jakarta.

Encik Agus merupakan calon tunggal bagi jawatan pengerusi itu dan telah menerima 93 peratus undi daripada lembaga eksekutif cawangan dan lembaga eksekutif serantau parti itu semasa peringkat pendaftaran pencalonannya.

Beliau telah berkhidmat sebagai timbalan pengerusi parti sejak Oktober 2019.

Encik Agus yang berpendidikan Harvard meninggalkan kerjaya tentera selepas 16 tahun untuk bertanding dalam pilihan raya gabenor Jakarta pada 2017 tetapi tewas kepada Encik Anies Baswedan.

Beliau kekal sebagai tokoh terkenal dalam arena politik dan ramai pemerhati percaya beliau mungkin bertanding bagi jawatan presiden pada 2024. - THE JAKARTA POST/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3