Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KEMELUT POLITIK DI MALAYSIA

Ahli Dewan Rakyat M'sia diarah namakan calon PM pilihan secara bertulis

Aug 18, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kesemua ahli Dewan Rakyat diarahkan supaya menamakan secara bertulis calon pilihan mereka untuk dilantik sebagai perdana menteri kesembilan sebelum 4 petang hari ini.



Perkara itu dinyatakan melalui surat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kepada semua anggota parlimen pagi semalam, atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin parti politik semalam, dengan sesi menghadap itu berlangsung lebih sejam sebelum pemimpin terbabit dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara pada 4 petang.



Ditemui pihak media selepas pertemuan itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata baginda menasihatkan supaya semua parti politik bersatu menghadapi Covid-19 dan juga masalah ekonomi.



Baginda juga bertitah supaya isu pelantikan Perdana Menteri baru diselesaikan melalui lunas Perlembagaan dan negara juga memerlukan cara politik baru.



Katanya, semua parti politik yang dijemput menghadap baginda turut memberikan pandangan masing-masing.



"Semua (parti) nampak ada konsensus untuk hentikan politik lama dengan cara menghukum dan harus menjurus semula ke arah membangunkan negara.



"Isunya bukan semata-mata pelantikan seorang Perdana Menteri baru, tetapi yang penting baginda mahu parti politik mengagaskan suatu bentuk politik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat," katanya selepas menghadap Seri Paduka di Istana Negara.



Dalam pada itu, pakar perlembagaan berpandangan, ada dua kaedah mungkin digunakan Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan Perdana Menteri baharu menyusuli peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mentadbir negara selama 16 bulan, antara 1 Mac 2020 hingga kelmarin.



Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan, mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.



Katanya, kuasa itu boleh dilaksanakan mengikut kebijaksanaan baginda tanpa perlu memanggil Ahli Dewan Rakyat menyatakan nama yang dipilih sebagai calon Perdana Menteri.



"Baginda juga mungkin menyatakan pandangan kepada pemimpin dua blok iaitu Perikatan Nasional (PN) dan pembangkang supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan.



"Syarat pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2)(a) tidak tertakluk sudah diuji mendapat sokongan majoriti dan boleh dibuktikan selepas beliau dilantik.



"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri daripada PN atau pembangkang termasuk Pakatan Harapan (PH).



"Baginda juga mempunyai pilihan menasihati kedua-dua blok menubuhkan kerajaan perpaduan supaya pembentukan kerajaan tidak tertangguh, Parlimen boleh bersidang dan perkara penting seperti Bajet 2022 dapat dibentang seperti dijadualkan.



"Ini bagi mengelak berlaku lagi isu berkaitan hilang kepercayaan majoriti terhadap Perdana Menteri, yang akan mengakibatkan kerajaan jatuh sekali lagi dalam masa singkat," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) semalam. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >