Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahli PKR yang berpaling tadah didenda $3.3 juta menurut dokumen yang ditandatangani

Mar 6, 2020 | 5:57 PM
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Ismail berkata setiap individu yang bertanding di bawah parti tersebut telah menandatangani surat yang mengatakan mereka perlu membayar denda sekiranya mereka berpaling tadah. FOTO: FACEBOOK/ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Ismail berkata setiap individu yang bertanding di bawah parti tersebut telah menandatangani surat yang mengatakan mereka perlu membayar denda sekiranya mereka berpaling tadah. FOTO: FACEBOOK/ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL -

PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata ia dalam proses mengumpulkan denda RM10 juta yang dikenakan ke atas sesiapa yang berpaling tadah.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Ismail berkata setiap individu yang bertanding di bawah parti tersebut telah menandatangani surat yang mengatakan mereka perlu membayar denda sekiranya mereka berpaling tadah sebagai ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau berkata perkara itu sedang diuruskan bendahari PKR, lapor The Straits Times.

Antara mereka yang telah berpaling tadah semasa kemelut politik Malaysia baru-baru ini termasuk 10 AP PKR yang dipimpin mantan menteri Azmin Ali, yang kesemuanya telah menyertai parti Perdana Menteri ke-8 Muhyiddin Yassin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Namun, masih belum jelas bagaimana PKR akan mendapatkan bayaran "denda" itu kerana undang-undang pilihan raya Malaysia membenarkan penggubal undang-undang persekutuan dan negeri untuk berpaling tadah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg