Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahli politik India belanja $105j kahwinkan anak sedang rakyat hadapi krisis tunai

Nov 16, 2016 | 10:37 AM



NEW DELHI: Perkahwinan mewah anak perempuan seorang ahli politik mencetus kegemparan di India, di tengah-tengah krisis aliran tunai selepas kerajaan mengumumkan ia akan menghapuskan duit not 500 rupee dan 1,000 rupee.



Majlis perkahwinan adat Brahmani selama lima hari anak ahli perniagaan yang juga mantan menteri negeri Karnataka, Encik G. Janardhana Reddy, itu dianggarkan menelan belanja kira-kira AS$74 juta ($104.68 juta), dengan kad jemputan bersalut emas dan persembahan oleh bintang Bollywood, lapor BBC.



Pengkritik menyelar "paparan kekayaan menjelikkan" itu ketika berjuta-juta rakyat India beratur panjang di bank dan ATM untuk menukar wang not atau mengeluarkan wang tunai.



Langkah menghentikan not 500 dan 1,000 rupee bertujuan membasmi perbuatan mengumpulkan kekayaan terlarang.



Ramai mempersoal bagaimana Encik Reddy dapat membayar perbelajaan sangat besar itu.



Bekas anggota Parti Bharatiya Janata (BJP) Perdana Menteri Narendra Modi itu ditangkap pada September 2011 dan menghabiskan masa empat tahun dalam penjara atas tuduhan rasuah sebelum dibebaskan dengan ikat jamin tahun lalu.



Tetapi Encik Reddy berkata beliau menggadaikan hartanahnya di Singapura dan bandar Bengaluru di India untuk mendapatkan wang dan semua dibuat enam bulan lalu apabila perancangan bermula.



Penjelasan beliau tidak menghalang netizen India yang marah mencemuh perbuatan berlebih-lebihan itu di media sosial, sementara musuh politik beliau mempersoalkan apakah kempen Perdana Menteri Modi terhadap wang haram termasuk golongan elit.



Persediaan bagi perkahwinan itu, yang sedang berlangsung di Istana Bangalore yang luas, bermula berbulan lebih awal, dengan lapan pengarah Bollywood diupah membuat set menyerupai kuil Hindu purba, tempat upacara itu akan dijalankan.



Kereta lembu mewah akan digunakan untuk membawa tetamu dari pintu-pintu istana ke tempat itu. Tetamu akan menjamu selera di sebuah kampung yang diwujudkan khusus bagi majlis tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >