Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



Ahli politik M'sia digesa terus pakai pelitup elak gelombang baru



PETALING JAYA: Orang ramai terutama ahli politik digesa terus memakai pelitup muka bagi mengelakkan perkara yang berlaku di United Kingdom (UK) berulang di negara ini.



Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin berkata, UK kini menghadapi gelombang baharu jangkitan Covid-19 berikutan penolakan memakai pelitup muka.



"Terus memakai pelitup muka terutama ahli politik. Semakin ramai rakan setugas saya dilihat dalam gambar bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka. Ramai ahli politik menghidap kencing manis, hipertensi dan mungkin obes. Jika anda dijangkiti Covid-19, walaupun sudah divaksin, it's not going to be fun and games.



"Jangan jadi seperti UK, just mask up," tulisnya di Instagram Story semalam, lapor Utusan Online semalam.




'Squid Victory' platform China tiru drama Netflix 'Squid Game'



BEIJING: Platform penstriman China didakwa meniru bulat-bulat drama bersiri paling popular Netflix, 'Squid Game' selepas mengiklankan rancangan permainan baharu, 'Squid Victory'.



Perkhidmatan penstriman, Youku, yang mempunyai 90 juta pelanggan adalah platform hiburan paling popular di China kerana saluran Netflix diharamkan di negara itu.



South China Morning Post melaporkan, Youku dikritik hebat oleh pelbagai pihak selepas poster baharu rancangan itu dikongsikan dalam talian.



'Squid Victory' didakwa meniru isi kandungan dan reka bentuk poster drama bersiri popular dari Korea Selatan.



Rancangan permainan baharu yang diumumkan pada Rabu lalu itu menghendaki peserta mengambil bahagian dalam permainan kanak-kanak secara skala besar. Aspek penjenamaan juga menyerupai reka bentuk yang dihasilkan oleh artis grafik 'Squid Game'.



Pengguna laman web Weibo versi lain seperti Twitter menularkan gambar poster tersebut dengan menyifatkan ia sebagai sangat 'memalukan'. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >