Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahli politik pembangkang kanan Malaysia ditahan berhubung OSA

Apr 06, 2016 | 10:32 AM



KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik pembangkang kanan Malaysia ditahan pada Selasa (5 Apr) berhubung kes pelanggaran Akta Rahsia Rasmi (OSA).



Encik Rafizi Ramli, naib presiden yang juga setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), ditahan sedang beliau meninggalkan Parlimen berhubung dakwaan komunikasi dokumen sulit.



Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu di Twitter dan berkata: "Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen, dan akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta OSA."



Di bawah OSA, sesiapa didapati bersalah mengakses tanpa kebenaran atau menyebarkan maklumat sulit boleh dikenakan hukuman penjara satu hingga tujuh tahun.



Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin, menyaksikan Encik Rafizi ditahan oleh hingga 12 pegawai polis.



"Saya meneriak kepadanya untuk bertanya apa berlaku, tetapi polis tidak membenarkan saya bercakap dengan dia dan mengarahkan saya supaya beredar," katanya kepada akhbar The Straits Times.



Encik Rafizi ditahan berkaitan satu sidang media yang beliau adakan pada 28 Mac, di mana beliau mendakwa memiliki petikan daripada laporan Ketua Audit Negara mengenai syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diklasifikasikan di bawah OSA.



Beliau mendakwa petikan itu bukti bahawa 1MDB harus dipersalah sebahagiannya kerana kelewatan Lembaga Dana Angkatan Tentera (LTAT) membayar gratuiti kepada ahlinya.



Sidang media itu antara beberapa yang beliau diadakan baru-baru ini untuk mendedahkan bahawa pesara tentera mendakwa tidak menerima pembayaran gratuiti mereka daripada LTAT sejak 2014.



LTAT respons dengan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.



Dalam satu sidang akhbar pada Selasa, ahli parlimen PKR mengutuk cara Encik Rafizi ditangkap.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Pesuruhjaya Mortadza Nazarene, mengesahkan kepada Malay Mail Online bahawa Encik Rafizi telah dibawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman.



Beliau berkata Encik Rafizi akan ditahan semalaman untuk siasatan dan boleh ditahan lebih lama jika perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >