BANGI: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa sesi taklimat khas Rang Undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) untuk Ahli Parlimen beragama Islam di Parlimen kelmarin pada mulanya berlangsung dalam suasana "hangat".
Namun, keadaan tersebut tidak berlanjutan apabila kesemua Ahli Parlimen itu menerima penjelasan kerajaan bahawa RUU 355 adalah berkaitan usaha memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukannya mengenai pelaksanaan hudud, seperti yang dikhuatiri sebahagian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.