Ahok akan pertahan jawatan Gabenor Jakarta sebagai calon Bebas, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Ahok akan pertahan jawatan Gabenor Jakarta sebagai calon Bebas

Mar 08, 2016 | 05:08 PM

JAKARTA: Gabenor Jakarta, Encik Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama telah memutuskan untuk tampil sebagai calon bebas dalam pilihan raya gabenor tahun depan selepas beliau gagal mendapat sokongan daripada Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P)

Tanpa sokongan PDI-P, gabenor yang lebih mesra dengan panggilan 'Ahok' tidak akan bergandingan dengan timbalannya sekarang, Encik Djarot Saiful Hidayat, yang merupakan anggota PDI-P.

Sebaliknya, beliau akan bergandingan dengan Ketua, Lembaga Pengurusan Aset dan Kewangan Jakarta (BPKAD), Encik Heru Budi Hartono.

"Kelmarin, Teman Ahok (kumpulan penyokong gabenor Jakarta itu) datang ke rumah. Mereka berkata, mereka tidak boleh menanti lebih lama untuk dimaklumkan tentang nama calon bagi jawatan timbalan gabenor kerana nama itu diperlukan dalam pengumpulan tandatangan yang dibuktikan dengan kad pengenalan," kata Ahok kepada wartawan di Pusat Bandaraya kelmarin.

Teman Ahok sebelum ini mengumumkan bahawa para sukarelawan telah mengumpulkan hampir 700,000 tanda tangan yang menyokong pencalonan Ahok, jumlah yang jauh mencukupi sepertimana yang dikehendaki undang-undang bagi calon bebas yang ingin bertanding dalam pilihan raya tahun depan. - The Jakarta Post

Discover Malay Home Based Businesses

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map