Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ahok hadapi ketentuan pengundi Jakarta

Apr 19, 2017 | 09:58 AM



JAKARTA (Indonesia): Lebih 7 juta penduduk Jakarta keluar mengundi hari ini, bagi memilih calon yang bakal menyandang jawatan Gabenor dan Naib Gabenor bagi dearah ibu kota (DKI) itu.



Encik Basuki Tjahaja Purnama yang lebih dikenali sebagai 'Ahok' yang berusaha mempertahankan kedudukannya, telah melaksanakan tanggungjawab mengundi di pusat mengundi berdekatan rumahnya di Pluit, Jakarta Utara.



Diminta mengulas, beliau yang hadir bersama isteri dan anaknya berkata warga Jakarta perlu menggunakan hak mereka untuk memilih calon yang layak untuk jawatan itu.



"Kepada warga DKI gunakan hak pilih. Jangan takut datang ke TPS (tempat pungutan suara) kerana ada pengamanan (pasukan pengaman). Ada TNI (Tentera Nasional Indonesia) dan polisi (polis) yang amankan. Tidak usah takut. Apapun pilihan anda akan sangat bererti bagi Jakarta," ujarnya kepada pihak media selepas selesai 'menyoblos', sekitar 7.30 pagi tadi.



Ahok dan naib gabenor, Encik Djarot Syaiful Hidayat, menghadapi persaingan dari mantan menteri pendidikan, Encik Anies Baswedan dan pasangannya, Encik Sandiaga Uno, yang merupakan ahli perniagaan.



Kedua-dua pasangan ini sebelumnya telah bersaing dalam pilihan raya pemilihan gabenor sebelum ini namun gagal mendapat undi majoriti, sedang gandingan anak mantan presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, Encik Agus Harimurti dan Cik Sylviana Murni, pula meraih undi paling rendah dan terkeluar daripada saingan merebut jawatan gabenor dan naib gabenor.



Disebabkan itu, satu lagi pilihan raya yang berlangsung hari ini diadakan.



Kawalan keselamatan di seluruh Jakarta telah dipertingkat menyusuli laporan adanya 'Temasya Al-Maidah" yang menarik kehadiran warga dari luar ibu kota itu bagi 'memantau' perjalanan pilihan raya di lebih 13,000 pusat mengundi yang telah disediakan di seluruh Jakarta.



Menurut penganjur temasya itu, sekitar 1.3 juta orang akan terlibat dalam acara berkenaan, yang diadakan sebagai mengingatkan warga Jakarta tentang kes menghina Al-Quran yang sedang dihadapi Ahok sekarang.



Perbicaraan kes itu sedang berlangsung dan sekiranya didapati bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lebih lima tahun.



Ahok, merupakan pemimpin berbangsa Cina beragama Kristian dandiketahui sebagai seorang yang agak lancang dan gigih dalam memerangi rasuah.



Pihak polis telah mengerahkan 65,000 anggota, termasuk 20,000 anggotanya dan 15,000 anggota tentera dan pertahanan awam, bagi memastikan keselamatan Jakarta terjamin dan pilihan raya dapat dijalankan dengan lancar dan aman.



Polis Jakarta malah telah mengeluarkan arahan menegah perhimpunan pada hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >