Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aidilfitri disambut di bawah kawalan keselamatan lebih ketat

Jul 07, 2016 | 09:19 AM



KUALA LUMPUR: Jutaan Muslim di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu (6 Jul), walaupun ada sambutan dijalankan di bawah kawalan ketat di tengah-tengah ancaman yang memuncak daripada serangan pengganas.



Sedang ramai mengerjakan solat dan berdoa di masjid, di Baghdad, Iraq, beribu-ribu orang berkumpul di pusat beli-belah bagi mengingati 250 orang yang terbunuh dalam satu pengeboman bunuh diri minggu lalu.



Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong Abdul Halim Mu'adzam Shah dan isterinya, Raja Permaisuri Agong Hajah Haminah, menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, solat bersama ribuan jemaah lain di Masjid Wilayah Persekutuan.



Kemudian, Datuk Seri Najib menjadi tuan rumah kepada beribu-ribu orang yang membanjiri rumah terbuka di kediaman rasminya di Putrajaya di bawah keselamatan ketat, dengan tetamu menjalani imbasan dan beg mereka diperiksa.



Di Indonesia, Naib Presiden Jusuf Kalla dan isterinya, Cik Mufidah, menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Istiqlal di tengah Jakarta bersama kira-kira 150,000 umat Islam. Kira-kira 240 pegawai polis berjaga-jaga di tempat tersebut.



Di Jerman, ramai daripada ribuan pendatang menyambut Syawal buat kali pertama di negara baru mereka.



Presiden Afghanistan, Encik Ashraf Ghani, pula menyeru keamanan di negara yang dilanda perang itu semasa perhimpunan rasmi di istana presiden di Kabul.



Di India, Aidilfitri disambut di negeri Kerala dan Jammu dan Kashmir pada Rabu tetapi pada Khamis di semua tempat lain di negara itu, berdasarkan rukyah.



Ini kali pertama dalam beberapa dekad Aidilfitri disambut di Jammu dan Kashmir pada hari yang sama dengan negara-negara Arab dan negara jiran Pakistan.



Di Karachi, Pakistan, Hari Raya disambut di bawah keselamatan ketat dengan polis dan juga askar dikerah di sekitar kawasan solat Aidilfitri dijalankan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >