JAKARTA: Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan baki mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas tahun lalu ditamatkan dengan 56 orang masih belum ditemui.
Pesawat QZ8501 terhempas ketika penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu mengorbankan kesemua 162 orang di dalamnya.