Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Airbnb akan mengesahkan senarai rumah sebagai langkah keselamatan ekoran kejadian tembakan

Nov 07, 2019 | 01:33 PM



WASHINGTON - Airbnb berkata semalam (6 November) bahawa mereka akan mengesahkan kesemua tujuh juta senarai penginapannya di seluruh dunia setelah kejadian tembakan di salah satu rumah di California menimbulkan isu keselamatan akan wadah penginapan itu.



Ketua eksekutif dan pengasas bersama syarikat itu, Encik Brian Chesky berkata perkhidmatan perkongsian penginapan itu sedang mencadangkan langkah baru sebahagian daripada usahanya untuk menanam kepercayaan dalam diri Airbnb.



“Menjelang 15 Disember 2020, setiap rumah dan setiap tuan rumah di Airbnb akan disemak dengan tujuan pengesahan 100 peratus,” katanya dalam sebuah e-mel kepada pekerjanya.



“Kami percaya kepercayaan di Internet mula dengan mengesahkan ketepatan maklumat di wadah Internet, dan kami percaya bahawa ini merupakan langkah penting untuk industri kami.” 



Beliau berkata bahawa alamat, gambar dan butiran lain di senarai Airbnb akan disahkan untuk ketepatan dan “mereka yang tidak menepati jangkaan tinggi kami akan dilabel dengan jelas.”



Pergerakan ini merujuk kepada ‘rumah parti’ di Orinda California.



Lima orang terbunuh dan lain lagi tercedera di kejadian tembakan pada malam Khamis di penginapan itu, yang telah disewa.



Lebih 100 orang menghadiri acara itu. - AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >