Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Akaun bank, kad kredit Chelsea dibekukan

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Akaun bank dan kredit kad Chelsea dibekukan sementara dengan krisis kelab itu berdepan ketidaktentuan susulan sekatan yang dikenakan ke atas pemilik kelab Roman Abramovich.



Chelsea terus berdepan hari sukar apabila Abramovich memaklumkan mereka perlu melunaskan bil termasuk gaji pemain dengan akaun bank yang tinggal ketika ini.



Namun, kad kredit korporat pasukan itu disekat seketika dengan bank Barclaycard bimbang kebenaran yang diberikan untuk Blues berurus niaga menyebabkan mereka dianggap melanggar undang-undang.



Akaun bank Chelsea turut dilaporkan dibekukan sementara namun pegawai pasukan menafikan dakwaan itu.



Pengurusan tertinggi Liga Perdana England (EPL) percaya Chelsea mampu menamatkan saingan musim ini meskipun berdepan isu kewangan.



Ketika bos EPL menerima jaminan bahawa kerajaan Britain tidak akan mengambil tindakan yang akan menjejaskan kemampuan Chelsea menamatkan musim ini, sekatan yang dikenakan ke atas Abramovich menjadi bertambah parah.



Chelsea dibenarkan membayar yuran seterusnya dengan penyiaran - dianggarkan $8.7 juta setiap bulan daripada rundingan bersama EPL serta berkemungkinan $35 juta daripada Kesatuan Bola sepak Eropah (Uefa).



Namun, mereka tidak dibenarkan menyentuh pendapatan itu untuk melunaskan liabiliti mereka termasuk gaji dan situasi sama turut dikenakan ke atas bayaran untuk rundingan pinjaman serta perpindahan pemain daripada pasukan lain.



Chelsea mengadakan pertemuan dengan pegawai DCMS (Digital, Kebudayaan, Media & Sukan) semalam dan Blues menggesa sedikit perubahan ke atas 'lesen' yang membenarkan mereka terus beraksi sehingga hujung musim ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >