ISU NAJIB DAN 1MDB

Akaun Jho Low jadi tumpuan siasatan

KUALA LUMPUR: Akaun ahli perniagaan Encik Low Taek Jho kini di bawah penelitian berikutan siasatan yang dijalankan terhadap dakwaan berbilion ringgit dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), polis Singapura dan Bank Negara Malaysia telah membincangkan AS$529 juta ($713.4 juta) dalam akaun milik Encik Low, juga dikenali sebagai Jho Low, selepas Bank Negara Malaysia pada Mac meminta bantuan Singapura menyiasat 1MDB.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun