Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Akaun Tabung Haji Malaysia alami defisit RM4.1 bilion

Dec 10, 2018 | 04:11 PM



KUALA LUMPUR: Akaun Tabung Haji (TH) pada 2017 yang dibentangkan di parlimen hari ini menunjukkan jumlah aset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion (S$23.1 bilion), dengan jumlah liabiliti sebanyak RM74.4 bilion.



Menurut media Malaysia, laporan akaun TH pada 2017 juga menunjukkan defisit sebanyak RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.



Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata dengan kedudukan kewangan sebenar TH pada tahun tersebut, pengisytiharan serta pembayaran hibah bagi tahun 2017 telah melanggar Akta Tabung Haji 1995.



Terdapat dua syarat yang perlu dipenuhi sebelum pembayaran hibah boleh dilakukan iaitu aset tidak boleh kurang daripada liabiliti serta perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.



“TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta kerana asetnya kurang daripada liabiliti,” katanya kepada media Malaysia selepas laporan kewangan TH dibentangkan di Parlimen hari ini.



Beliau turut mengumumkan bahawa lembaga TH akan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >