Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Akaun TikTok digantung setelah belia muat naik tentang kem tahanan China

Nov 27, 2019 | 12:07 PM



SEORANG belia 17 tahun berkata akaun TikToknya telah digantung setelah beliau memuat naik video berkenaan kem tahanan China baru-baru ini, lapor akhbar NYTimes.



Cik Feroza Aziz, seorang pelajar yang menetap di Amerika Syarikat, memulakan video tersebut dengan mengajar cara melentikkan bulu mata.



Namun, setelah beberapa saat, beliau berkata:



"Sekarang gunakan telefon bimbit anda untuk cari apa yang sedang berlaku di China, bagaimana mereka mengadakan kem tahanan dan mencampakkan Muslim yang tak bersalah ke dalamnya."



Klip video 40 saat itu telah mendapat lebih 498,000 'like' di TikTok, platform dalam talian yang terkenal di kalangan anak muda.



Penggantungan akaun Cik Feroza itu menambah kepada kecurigaan bahawa platform tersebut, yang dimiliki gergasi media sosial China, ByteDance, menapis atau menghukum video yang tidak disukai pemerintah China.



Menurut Cik Feroza, ini bukan kali pertama akaunnya digantung, malah videonya pernah dihapuskan apabila beliau membincangkan tentang agamanya.



Namun, menurut seorang jurucakap ByteDance, Encik Josh Gartner, Cik Feroza disekat dari akaunnya kerana beliau pernah memuat naik video yang mengandungi gambar Osama bin Laden.



Ini melanggar dasar TikTok terhadap kandungan pengganasan, kata Encik Gartner, dan sebab itulah platform tersebut mengharamkan kedua-dua akaunnya dan peranti yang digunakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >