Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Akibat jerebu, hampir 300 sekolah di Sarawak tutup, 128,000 pelajar terjejas

Sep 17, 2019 | 02:52 PM



 



 



MIRI - Keadaan jerebu semakin teruk di Sarawak, sehingga 298 sekolah di lapan daerah diarah tutup pada pagi Selasa (17 September)



Seramai 128,291 pelajar terjejas akibat penutupan 245 sekolah rendah dan 53 sekolah menengah akibat kenaikan dalam indeks pencemaran udara.



Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Negeri Sarawa berkata Jabatan Pendidikan mengeluarkan notis penutupan awal Selasa tadi.



Lapan daerah yang dilanda pencemaran udara tahap tidak sihat adalah Betong, Bau, Kuching, Lubok, Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman dan Lundu.



Dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) paling teruk, 359, ia meletakkan Sri Aman dalam kategori bahaya.



Daerah Kuching mempunyai sekolah terbanyak yang terjejas, dengan seramai 57,504 pelajar terpaksa meninggalkan kelas.



Sebahagian besar mutu udara yang semakin merosot disebabkan oleh jerebu lintas batas dari Kalimantan, tetapi terdapat juga kebakaran hutan dalam Sarawak yang menyumbang kepada asap.



Kemas kini daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menunjukkan terdapat sekitar 20 laporan kebakaran hutan setiap hari.



Kes terbanyak didapati di Kuching, Sri Aman dan Miri.



Bomba Sarawak menyatakan pegawai bomba berada di lokasi untuk memadamkan api.



Penduduk di Port Dickson diberi pelitup muka percuma oleh pusat perkhidmatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, setelah daerah itu mencapai bacaan API yang kurang sihat pada pagi Selasa.



Datuk Seri Anwar berkata mereka yang bekerja di luar harus mengambil langkah berjaga-jaga sehingga keadaan bertambah baik.



“Saya diberitahu D merupakan kawasan pertama di Negri Sembilan untuk mencapai API yang kurang sihat. Saya ingin menasihati penduduk, terutama sekali warga tua dan kanak-kanak, untuk mengurangkan kegiatan di luar sehingga mutu udara pulih,” beliau berkata dalam satu kenyataan.



Encik Anwar berkata pusat perkhidmatannya akan mengedarkan pelitup muka N95 dari tengah hari.



Awal hari ini. Kesemua 63 sekolah dalam daerah itu diarah tutup akibat jerebu.



Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Keusahawanan, Perindustrian, Pelabuhan dan Menusia Negeri, Dr Mohamad Rafie Abd Malek berkata perintah itu dikeluarkan setelah API menjejak 203 pada enam pagi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >