Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Aktivis gesa rakyat sedar akan ideologi PAS

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Seorang aktivis sosial Malaysia, c yang lebih dikenali sebagai pengasas gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), percaya sudah tiba masanya rakyat Malaysia menyedari bahaya ideologi Parti Islam SeMalaysia (PAS).



Ketika ditanya mengenai Pakatan Harapan (PH) mengadakan rundingan bersama Barisan Nasional (BN), Encik Haris berkata: "Asalkan bukan PAS".



"Nampaknya PH terpaksa beralih kepada Umno/BN untuk mengelak kerajaan yang dikuasai PAS, itulah yang akan berlaku jika PN (Perikatan Nasional ) dibenarkan menerajui pembentukan pentadbiran baru.



"Saya telah menyentuh dua elemen mengenai politik perpecahan negara - satu etnik, satu lagi agama - dan PAS mewakili yang paling berbahaya," katanya, lapor Malaysiakini.



Sambil merujuk kepada pemerintahan PAS di Kelantan, Encik Haris memberi amaran bahaya sekiranya parti itu berkuasa.



"Tunjukkan kepada saya sebuah negara di bawah Talibanisme yang progresif. Tidak ada. Mereka akan memperbodohkan penduduk yang mereka tadbir dan kita tidak mampu menanggung ini," katanya, sambil menyorot ekonomi tidak stabil, perkahwinan bawah umur dan kepolisan moral.



Encik Haris menegaskan Malaysia sebuah negara berbilang agama dan etnik, dan membenarkan mana-mana kumpulan tertentu menentukan masa depan seluruh negara berdasarkan tafsiran konservatif agama adalah resipi bagi bencana.



Beliau berkata usaha 'ABU' berhasil kerana sokongan terhadap BN kini berkurang.



"Tengoklah hasilnya. BN hanya mendapat 30 kerusi. Dalam erti kata, kempen ABU selama ini akhirnya membuahkan hasil. Sekarang kita akan masuk ke mod 'Asalkan Bukan PAS'," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >