Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Al-Qaeda tubuh cawangan di India

Sep 04, 2014 | 10:21 AM



DUBAI (Amiriah Arab Bersatu): Al-Qaeda akan meluaskan jaringannya ke India.


Hal ini diumumkan Ayman al Zawahiri, pemimpin Al-Qaeda semalam.


Menurutnya, penubuhan sayap baru Al-Qaeda di India bertujuan memperluaskan pemerintahan Islam dan mengibarkan bendera jihad di benua berkenaan.


Dalam video selama 55 minit yang dimuat naik secara dalam talian, Zawahiri juga mengulangi lafaz taat setia kepada pemimpin Taliban Afghanistan Mullah Omar.


Zawahiri menyifatkan penubuhan Al Qaeda di benua India sebagai "perkhabaran gembira" bagi Muslim di Myanmar, Bangladesh, Assam, Gujarat, Ahmedabad dan Kashmir.


Katanya, cawangan baru itu akan menyelamatkan Muslim di negara berkenaan daripada ketidakadilan dan penindasan.


Di samping itu, Al-Qaeda menolak pergerakan jihad Negara Islam (IS).


Pengumuman Zawahiri dilihat sebagai ancaman terhadap kepemimpinan Perdana Menteri baharu India, Narendra Modi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >