Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Alibaba ingin kumpul $26.3 bilion dalam IPO

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Alibaba ingin kumpul $26.3 bilion dalam IPO

Sep 06, 2014 | 04:54 PM

NEW YORK (REUTERS) - Syarikat Alibaba Group berharap dapat mengumpul modal lebih AS$21 bilion ($26.3 billion) dalam satu tawaran awam terbesar bagi sebuah syarikat teknologi di Amerika Syarikat, dan menjadikan nilai syarikat e-niaga China itu sehingga AS$163 bilion.

Syarikat dalam talian itu dijangka meletakkan harga IPO-nya antara AS$60 dengan AS$66 setiap saham.

Diasaskan seorang mantan guru Bahasa Inggeris, Encik Jack Ma, ia akan membuat keputusan muktamad mengenai harga IPO-nya selepas menjalankan pasaran bergerak bermula di New York esok, selain di bandar-bandar seperti Hong Kong dan San Francisco.

Jika semuanya berjalan lancar, dagangan saham Alibaba mungkin boleh dimulakan di Bursa Saham New York dua minggu dari sekarang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3