Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Alternatif lebih murah bagi kereta api kelajuan tinggi KL-Singapura dicadang kepada kerajaan Malaysia

Jun 18, 2018 | 08:05 PM



PETALING JAYA: Satu alternatif lebih murah bagi meningkatkan hubungan kereta api antara Kuala Lumpur dengan Singapura telah dicadangkan kepada kerajaan Malaysia, menurut sumber.



Difahamkan, alternatif itu dianggarkan bernilai separuh daripada kos projek kereta api kelajuan tinggi (HSR) yang dirancang kedua-dua Malaysia dan Singapura sebelum ini.



Usulan itu melibatkan usaha mempertingkatkan infrastruktur kereta api yang ada sekarang, yang dianggarkan menelan belanja RM20 bilion ($6.8 bilion).



Jumlahnya lebih rendah berbanding projek HSR Singapura-Kuala Lumpur yang dijangka menelan belanja RM60 bilion hingga RM70 bilion.



Menurut sumber, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) telah diberi penerangan tentang rancangan alternatif itu yang menggunakan infrastruktur landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang sudah sedia ada.



Bagaimanapun dengan alternatif itu, waktu perjalanan antara Kuala Lumpur dengan Singapura akan memakan masa 130 minit, berbanding 90 minit dengan HSR.



Namun, pakar runding berkata waktu perjalanan itu mungkin boleh dikurangkan lagi dengan kereta api baru dengan kelajuan lebih tinggi tanpa perlu menjejas keselamatan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >