Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran AS ancaman pengganas meningkat di Eropah

Nov 18, 2017 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat mengemas kini kelmarin nasihat perjalanannya kepada pelancong yang menuju ke Eropah, dengan memberi amaran terhadap ancaman pengganasan yang semakin meningkat semasa musim cuti Krismas dan Tahun Baru.



Washington telah lama mengeluarkan amaran kepada warganya supaya berhati-hati terhadap serangan ekstremis di bandar-bandar Eropah, dan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini ia memberi amaran dengan jelas mengenai bahaya pada acara perayaan.



"Tahun lalu, serangan besar-besaran berlaku di pasar Krismas di Berlin, Jerman, pada Disember dan kelab malam di Istanbul, Turkey, pada malam Tahun Baru," kata peringatan terbaru Amerika itu.



Tahun lalu, seorang militan merempuh orang ramai yang sedang menyambut Krismas di sebuah pasar di Berlin dengan sebuah trak, membunuh 12 orang, manakala satu serangan semasa malam Tahun Baru di Istanbul mengakibatkan 39 orang mati.



Jabatan Negara Amerika memberi amaran bahawa serangan baru-baru ini di Britain, Finland, Perancis, Russia, Sepanyol dan Sweden menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan militan, Al-Qaeda dan IS, masih aktif dan berdaya melancarkan serangan ganas.



"Walaupun pemerintah tempatan meneruskan operasi menentang pengganasan, Jabatan Negara masih prihatin terhadap potensi serangan pengganasan masa depan," kata kenyataan tersebut.



"Warga Amerika harus selalu berwaspada terhadap kemungkinan pensimpati pengganas atau pelampau yang menjadi radikal secara sendiri melakukan serangan dengan sedikit atau tanpa sembarang amaran," ujar jabatan itu.



Ia juga berkata pelampau terus memberi tumpuan pada lokasi pelancong, hab pengangkutan, pasar, pusat beli-belah, dan kemudahan pemerintah tempatan sebagai sasaran mereka.



Di samping itu, hotel, kelab, restoran, tempat ibadat, taman, acara berprofil tinggi, institusi pendidikan, lapangan terbang dan sasaran lembut lain juga tetap menjadi lokasi keutamaan bagi kemungkinan serangan.



Jabatan itu menasihatkan agar lebih berwaspada di tempat-tempat tersebut dan yang serupanya.



Pengganas juga berterusan menggunakan pelbagai taktik, termasuk senjata api, bahan peledak, kenderaan sebagai alat rempuhan, dan senjata tajam yang sukar dikesan sebelum sesuatu serangan, ujarnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >