Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran bagi doktor Korea Selatan: Kembali kerja atau tugas digantung

Feb 26, 2024 | 04:36 PM



SEOUL: Pemerintah Korea Selatan pada 26 Februari memberi amaran kepada doktor bahawa mereka ada sehingga akhir Februari untuk kembali bekerja atau berisiko dikenakan hukuman kerana mengadakan bantahan selama seminggu yang telah menjejas khidmat untuk pesakit di beberapa hospital utama.


Dua pertiga doktor perubatan dan doktor pelatih telah berhenti menjalankan tugas masing-masing sebagai membantah rancangan pemerintah untuk menambah bilangan pelajar yang diterima masuk ke sekolah perubatan.

Langkah pemerintah itu adalah dalam usaha untuk menangani apa yang pihak berkuasa sifatkan sebagai kekurangan doktor yang akan bertambah buruk ekoran penduduk negara itu yang dikatakan paling cepat menua di dunia.

Bantahan itu telah memaksa hospital menolak pesakit dan membatalkan prosedur.

“Memandangkan keadaan yang buruk, pemerintah mengeluarkan rayuan terakhir,” kata Menteri Keselamatan, Encik Lee Sang-min, pada pembukaan mesyuarat pasukan petugas, sambil menambah bahawa keadaan huru-hara semakin memuncak di hospital dan perkhidmatan kecemasan telah mencapai “keadaan bahaya” .

“Jika anda kembali ke hospital yang anda tinggalkan pada 29 Februari, anda tidak akan bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku,” katanya.

“Kami menggesa anda supaya beringat bahawa suara anda akan didengari dengan kuat dan paling berkesan apabila anda berada di sisi pesakit.”

Pemerintah sebelum ini memberi amaran bahawa ia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap doktor yang tidak mematuhi perintah untuk kembali bekerja, termasuk pendakwaan, kemungkinan penahanan dan pelucutan lesen perubatan mereka.

Para doktor muda yang membuat bantahan menyatakan bahawa pemerintah harus terlebih dahulu menangani isu gaji dan keadaan kerja sebelum cuba menambah bilangan doktor.

Naib Menteri Kesihatan, Encik Park Min-soo, berkata mereka yang tidak pulang sebelum 1 Mac akan menghadapi antara lain, penggantungan minimum tiga bulan lesen perubatan mereka.

Doktor kanan dan pengamal swasta tidak menyertai bantahan tersebut tetapi telah mengadakan perhimpunan bagi mendesak pemerintah membatalkan rancangannya untuk meningkatkan kuota sekolah perubatan.

Namun ramai rakyat Korea Selatan menyokong rancangan pemerintah yang diterajui oleh Presiden Yoon Suk-yeol itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >