Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran banjir, hujan berterusan di beberapa negeri M’sia

Jan 02, 2022 | 08:30 PM



PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran tentang hujan berterusan di kebanyakan negeri sehingga Selasa (4 Jan).

Menurut MET Malaysia, negeri yang dijangka terjejas ialah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor serta wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Agensi cuaca itu telah meramalkan hujan lebat berterusan pada tahap bahaya berlaku di beberapa daerah di Johor pada Ahad (2 Jan) iaitu di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru, lapor The Star Online.





Jabatan itu juga memberi amaran hujan lebat berterusan sehingga Isnin (3 Jan)  di enam daerah di Pahang, lima daerah di Johor, sebahagian Sabah serta di Negeri Sembilan dan Melaka.

Ia juga memberi amaran bahawa hujan dijangka berterusan sehingga Isnin di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa bahagian di Perak.

Sementara itu, Kelantan, Terengganu, sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sabah juga akan mengalami hujan berterusan sehingga Selasa.

Baca laporan penuh di Berita Harian esok.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >